Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Friday, July 30, 2010

Kenapa eh nk Marah Marah

Hukhuk An oso tk tau awat lew tajuk en3 nih mcm nih..tgk FB wall ramai org duk marah2 hari jumaat penghulu ari nih..tetiba duk tpk awat leww kita nih suker eh marah2..marah2 tul2 ker..saja nk panas ker..or mmg arghhhhh ketensenan melanda..

hoho An oso ikutkan blh cepat gak nk naik marah..tp kojap gak temperature eh turun..sgt cepat dr rasa marah tuh naik..lelbih lg tgh preggy skrg nih kan..hot temperature itu udah sgt kurang klu ada pung..huh g lah ko main jejauh..idak kuasa leww aku nk layan..tk baek untk kesihatan n baby dlm kandungan..hikhik..Moralnye : An cuba untk mengawal perasaan yg tk sepatutnye ada..^_^

**HUHU MEREPEK SUDA..DAA

Monday, July 26, 2010

10 Perkara Perlu Dielak Ketika Hamil

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Kebaikan Kurma,Kismis dan Madu Ketika Mengandung



Walaupun tidak mengandung pemakanan ini sangat bagus diamalkan untuk kesejahteraan kesihatan hidup kita..^_^ moh amalkan..

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

kurma

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Monday, July 19, 2010

Wohaaa..Akhirnyee Merasa jugakss...


Pssstt nk citer..last fri member kt FB tunjuk pic depa duk mkn dalam talam..perghh mmg nmpk sgt berselera n istimewa sangat okeh!!then An bukak surat khabar pun ada jugakkkk nasik dalam talam..huwaaaaaa tk blh jadi nih..rasa mcm dh terliur n excited sgt nk merasa jgk nasik dalam talam!Terus kol en.suami bgtau nk mkn nasik dlm talam..haha lopeh cito sbb musabab..en.suami pun suh carik n surf kt tenet kt mane restoran yg ada sediakan maka dlm talam nih..An pun g leww carik..wohaa dh en.suami bg green light kan..*sigh* ada mmg ados..tp jauh..tk kn lah pasal nk mkn tuh susahkan en.suami kan..kesian dia..tk pe..sabau..

Haha An nekad tk per tk dpt mkn kt resotan non ado kisah..An kirim kt mak nasik beriani satu set lew dgn lauk kan..papadom jerk tk do..tk kisahh An replace moh kopok ikan..huhu..An sediakan daun pisang n talam..hoho mlm nye An n en.suami makan berdua dalam talam..(dh isterinye nk gitu kan mkn berdua) haha jadi leww dr tk merasa ye dak..even tk masak sendiri made from kedai..haha..nk mkn kt lantai tk blh leww dengan perut besar gini duk ajer atas kusi mkn atas meja..Alhamdulillah..hehe..thanks En.Suami sebab melayani karenah isterimu..n thanks emakk pasai belanja nasik beriani..mmmuuahhh2 love both of u!!

Kek Coklat Batik Merrie

Tak tau ler..tp time ngandung nih sgt suker masak..sbb nk mkn kan tuh kena masak..haha puas hati..Dalam tk larat berusaha jgks..hehe..dalam satu hari paginye wat Kuah Lodeh,Kuah Kacang n Kek nih..Nyum2..Tengkiu to my mak sbb bantu anakmu ini tungtang tung tang pepagi kt dapur..heee..love u mak!!mmuuahhhh2..

Resepi nyew :-
Bahan2 :
-Biskut Merrie (Sebungkus)
-Susu Segar - dlm 150ml
-Coklat Masakkan (2 keping) (Koko pun blh pakai)
- Telur 2 Biji
- Butter 250gm
- Gula 3/4 (An tk letak penuh dlm cawan - terpulang nk manis or tk)
- Coklat Rice (Untuk Hiasan)

Cara2
- Pukul Telur,Gula n butter
- Panaskan periuk,masukkan butter gula n telur yg telah dipukul td
-masukkan sekali susu,sekeping coklat masakkan ataupun koko
gaulkan sebati hingga benar2 cair
- Patah2 kan biskut dan masukkan dalam periuk tadi (Ada yg susun dlm loyang,tapi An nyer resepi mudah pakai tuang ajer dlm periku tersebut..hehe)
-Bila bahan semua telah sebati padamkan api dan tuangkan bahan ke dalam loyang dan leperkan or tekan2kan bahan tersebut sehingga padat. (Sejukkan seketika)

Coklat hiasan
-Coklat masakkan dicairkan secara double boil bersama sedikit butter
- Setelah cair sejukkan seketika n tuangkan ke atas kek biskut yg telah disejukkan
-Hiaskan dengan coklate rice

^_^dh siap n blh makan

Resepi Kuah Lodeh & Kuah Kacang

Wahaa..c An dh raya dulu before korang sumer okeh..hehehe..Alkisahnyer sabtu tuari An stay kt rumah mak An,and An teringin sgt lew makan nasik impit bersama kuah lodeh dan kuah kacang..ahaks..mcm tk blh tunggu siangnye..mlm An sampai rumah mak an tuh jgk..an g rebus n.impit nye yew..pg esoknye pas subuh terus tung tang tung tang kt dapur untk menyiapkan pulak kuah2nye..hoho..Nasib baik sempat en.suami merasa sebelum pergi kerja..wahaha air tangan isterimu ini..Moh2 terus tgk resepi2 nye..


1) Kuah Lodeh
Bahan2
-Sedikit lada kisar (telah di kisar bersama bawang besar+bawang putih)
-Udang kering yang telah ditumbuk (tak yah nk hancur sgt..baru sedap terasa)
-Santan Kelapa (1 Biji kelapa) - terpulang nk guna bnyk mana santan..tk nk pekat sgt n tk nk cair sgt..baru lh sodap..berlomak berkrim..hehe
- Hirisan Sayur-sayuran Kobis,Karot,Sayur Pucuk,Suun,Tauhu,Kacang Panjang (tk kisah lew korang nk letak sayur apew..asal korang suker sudah yew)

Cara Memasak
-Tumis lada kering yg dikisar sedikit bersama udang kering
- Dah agak2 masak lada n naik bau udang tersebut tuangkan santan kacau hingga mendidih (jgn pecah minyak)
- masukkan sayuran2 tadi..
-Dh masak blh lew dihidangkan

2) Kuah Kacang
Bahan2
- Goreng kacang tanah tanpa minyak
- Kisar kacang tanah yg telah siap digoreng
- Tumbuk Udang kering (Jgn hancur biar terasa)
- 2 btg Serai
- Gula Merah+Gula putih (ikut rasa suka manis or sebaliknye yew)

Cara Memasak
- Tumiskan lada kering yang dikisar dan masukkan udang kering sehingga naik bau
- Masukkan Serai
- Kacang yg dikisar
- masukkan sedikit air,gula merah dan gula pasir
-Setelah mendidih dan dh masak blh lew dihidangkan.

Friday, July 16, 2010

Program Realiti Imam Muda

Heee tadi emo pasai org2 yg tk bertamadun jual anak..panasss masih panasss lg rasa nih..tp tk nk terbawa bawa sgt emosi tuh..ibu mengandung tk bagus kan beremosi..hukhuk..moh kita sejukkan dengan cerita Imam muda nih pulak yew..hoho sejuk gak mata memandang tgk calon2 imam muda nih..ahaks.. Gambar peserta (dari kiri): Miril, Nuri, Taufek, Adib, Syakir, Azhar, Asyraf, Abe Syara, Aran dan Hizbur.

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Okeh An mmg xcited nk tgk program Realiti nih..hoho lelebih lg ada kawan kt umah..iaitu my Adik Ipar lor..dia tk pernah miss okeh ini show..klu An terlepas dio leww yg akan jadi penyampai pada An show2 yg An terlepas..hikhik tochey my dear SIL!!mmuuahhh..

Bertambah bangga bila Utusan hari ini melaporkan bahawa Rancngan Realiti ini mendapat sambutan meluas di Eropah menerusi media di Jerman & switzerland..
Alhamdulillah..bukan senang kan program keislaman negara kita nih boleh mendapat perhatian orang luar terutamanye negara Eropah..

Hadiah untuk rancangan Imam Muda Astro Oasis ni pun boleh tahan hebat, kalah AF rasanya. Pemenang akan mendapat kereta bernilai RM150000, pakej haji, wang tunai RM20000 dan juga laptop Apple Mac Pro. Yang paling best dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

**Moga mereka bakal menjadi Imam muda yang terbaik di Malaysia**Sejuk perut ibu yg mengandung kan bila tengok anak berjaya dan menjadi umat yang soleh..**

Kes Jual Bayi..Huh ape nk jadi!!


Okeh lately dalam akhbar terpampang laporan kes menjual bayi ..owhhhhh An baca laporan tuh sungguh laaa terasa geram n emosional betul dgn anasir2 yg memperdagangkan bayi2 n kanak2 comel tersebut..Durjana sungguh...anak comel yang tidak berdosa n tidak tahu ape2 diperdagangkan..

Tak de sekelumit pun ker rasa kesihan tgk anak2 comel tuh untuk dijual..n tidak terfikir kah bagaimana hari2 mereka melalui kehidupan untuk meneruskan kehidupan nnt..Ape yang akan terjadi kepada mereka setelah dijual?Dijaga dengan sempurnakah?Dibunuhkah untuk mengambil organ2 dalaman mereka?Dijadikan hamba abdi atau pemuas nafsukah apabila mereka mula meningkat usia nnt??owhh takutnye An nk pk kemungkinan2 tersebut..
Jikalau mereka dibeli oleh keluarga yang sememangnye niat untuk menjaga anak2 malang tersebut..alhamdulillah..bagaimana kalu sebaliknye??

Emm..An doakan mereka2 yg terlibat dengan kes yg sungguh durjana n tk berperikemanusiaan ini sedar atas perbuatan mereka..uit2 pk leww klu lah kes nih terjadi kt family,saudara terdekat n kawan2 terdekat korang aper korang rasa!!

* Ya Allah moga engkau melindungi anak2 yang tidak berdosa ini..Amin..

Tips Untuk Mengurangkan Penat & Letih..

* 1. Minum air limau nipis / jus oren.

Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.

* 2. Mandi dengan air panas

Cara kedua bagi mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena.

##Tips yang An dapat dari sebuah blog emm tk hingat lew blog saper..t.kasih yew sbb sudi kongsi tips ini..hoho balik nnt nk shre dgn en.suami pasal hari2 dia ngeluh kata badan letih..##

Wednesday, July 14, 2010

Kaki Bengkak Sewaktu Kehamilan

Yess Semasa Awal l kehamilan berat badan An hanya lah 50kg dan semasa usia kandungan 32minggu berat badan An 63kg..so naik 13kg..kena refer doc sbb berat mendadak..takut ada tekanan darah tinggi n kencing manis,lepas semingu pantauan..An terpaksa puasa sehari untk ambil ujian gula dalam darah,alhamdulillah darah tinggi n kencing manis tiada..

kaki An mula membengkak pada usia 6 bln kehamilan n semakin ketara bengkaknye sehingga sekarang..tangan also bengkak okeh..semua org sekeliling An perasan akan perubahan ni..Semasa pemeriksaan Antanatal misi tuh ada bgtau kemungkinan air dlm badan An berlebihan atau kemungkinan jugak itu tanda2 sawan saat kehamilan..owhh tidakk dengar perkataan sawan membuatkan An seriau..

Tadi an jejalan kt blog Mummy's Luv and Life ~ Airis-Arissa ada tips untuk mengurangkan Kaki Bengkak ni..hee kak An copy n paste kt blog An yew..tq sis!

Antara Tips Beliau :-

•Kurangkan penggunaan garam dalam masakkan
•Jangan duduk atau berdiri terlalu lama agar peredaran darah tetap lancar.
•Rehat teratur, sisihkan sedikit waktu minima 15 menit dan biarkan tubuh anda dalam keadaan relax.
•Letakkan kaki di atas bantal yang tinggi saat berbaring.(owhh klu masa tidur bantal yg An letak kt kaki selalu ajos terjatuh bawah katil)
•Hati-hati keracunan kehamilan jika kita mengalami gejala kaki bengkak saat pagi hari dan peningkatan berat badan 1kg setiap minggu pada pertengahan kehamilan.
•Agar kaki tetap cantik, cuba rendam kaki dgn air hangat (kalau blh sepanas yg kita tahan) yang dicampur garam dan jeruk nipis, kemudian sapu kaki menggunakan baby oil.

Tuesday, July 13, 2010

Buhsan?? Jom Kito Begolak Ketawa

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Catitan : hukhuk adakah benar,setelah bergelar suami,keromantikkan suami sebelum berkahwin n selepas berkahwin akan hilang seperti kisah ini??hoho tepuk dada n jawab sendiri ye..

Moh2 Jawab Ini Tag - Happy! Happy!


Wohaa...dapat tag nih dr member blog merangkap member opis sekali..hoho nama An tersenarai leww untuk menerima ini Tag,dan dengan sngat berbesar hati dan Heppynye!!An nk menjawab Tag Pn.Manjaixora ini yew..moh2 kita jawab ^_^

1) Adakah anda rasa happy sekarang
Yeszaaa sy sangat Happy Okey!!

2) Kenapa anda rasa happy?
- pasai baby dalam perut nih sangat agresif tendang2 perut ibunye..sabar yew sayang tidak berapa lama lgi kamu akan keluar melihat dunia ini ^_^ n happy oso sbb dpt TAG Happy nih dr auntie manjaixora..tq dear *blink2*

3) Apakah yang membuatkan anda happy?
- Huk2 mcm confuse jerk bukan soklan 2 & 3 lebih kurang sama jew kew??ok2 An akan eppy bila sesuatu perkara itu membuatkan An eppy..hahaha ayat tk blh bla..bantai ajo lah labu..

4) Pernah anda menerima tag?
- Emmm macam pernah aje kan *pk sejenak hoho*

5) Nyatakan warna yang anda suka
- Biru,Putih dan ijau.... warna itu mendamaikan..ye kew..hikhik

6) Beritahu 9 org yg anda tag
- emm ramainyo eh..sape An nk tag nih..ok ok An nk tag kpd semua pembaca blog An lew..blh yew korang silah lah jawab ini tag ok..

Semangatnye la ai Suami Isteri ni

Ahaks lg cerita lepas yang An tak catitkan dlm blog nih..nth napew leww arinih n saat nih idea untk catit cerita nih berdesup desup nk gak di interprem kan dlm blog An nih..bersemangat sungguh SESEMANGAT seperti cerita yg An nk taip nih..hoho..

Okeh kenduri Doa Selamat untk An 3hb tuh kan..esoknye 4 hb en.suami masih cuti n kami dh plan nk kemas bilik bawah supaya Bakal ibu ini boleh mendiami bilik itu sesudah bersalin nnt..Bilik An kt Atas okeh so umah An dapur n bilik airnye di bawah jadik harus turun naik tangga untk ke dapur n bilik air..Owhh klu ikutkan mmg tidak larat dh skrg nih nk turun naik tanggo ajos..wahaha silap haribulan blh terberanak ko asik turun naik tanggos..tapi pelan2 kuatkan jugak..aterrr pas bersalin tk kan lh teman still nk duk turun naik tangga lg kan..bentan pulak nnt teman..!

Ituleww dengan penuh semangatnye suami isteri nih mengemas bilik bawah yg hampir dengan dapur n bilik air itu untuk An diami lepas bersalin nnt heeee terima kasih leww En.Suami krn begitu bersemangat sekali bergotong royong mengemas bilik tuh menjadi bilik yang lebih selesa untuk An n baby diami nnt..hehe I lap u So much la!!^_^..nnt klu ingat An snap pic bilik tuh yew..n tunjuk hasil kemasan An bersama suami..Mcm biasa lew..An cuma mampu wat kerja ringan ajos..En.Suami yg lebih memerah keringat tenaganye..mana tk nye dlm sehari tuh..g mengemas,menyapu membakar sampah sarap kt laman luar then sambung kt dlm rumah n bilik..hoho berpeluh peluh laki ku itu hari!!..

Kenduri Doa Selamat

Baru nk hupdate ini cerita..he.. ^_^..3 july di rumah Emak An ada sedikit kenduri doa selamat sempena Kandungan An mencecah 7bln (tapi masa kenduri tersebut kandungan An dh 8 bln - lewat tk pe jgn awal org tua katalah..ikutkan ajos..) dulu orang panggil lenggang perut laa..tp nowadays..dh tk dok lg itu lenggang perut so kita buat 'Doa Selamat' okeh..lebih afdal..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..lauk pauk jugak tk ada yg membazir semua dikongsi bersama orang2 yang sama bergotong royong semasa kenduri tersebut..meriah n seronok okeh kalau kita kt kg sama2 gotong royong memasak..An sangat suka susana seperti itu!An suami isteri juga di bekalkan dengan air Doa untuk dibuat mandi..huhu tp korang..An laki bini sama2 pelupos okeh..deduo tak dok mandi itu air pg esoknye tuh..hehe aper lg org tua kan..bising lah kojap dan kami cuma mampu tersengih sahaja..hikhik..pagi isnin baru lah dibuat mandi air itu..huu sejukk ya amat gigil2 mandi..haha..yo leww..bangun pg g keje b4 subuh dh bangun kena mandi siram dr kepala hingga satu badan..biasanya g keje An tk basahkan rambut pasai pakai tudung kan..tk sempat nk keringkan rambut bau hapak pulaks rambut I..tp dat day dikecualikanlah..kering2 kan seboleh mungkin..huu dari mak bising lg kan..

Ok daa habis..sedikit catitan ringkas shaja tanpa gambar..tk sempat @ tk hingat untk amik gambar..hehe..huhu walaupun An tidaklah sesibuk seperti mereka2 yg lain (maklum lew ibu mengandung kan mereka tk kasik turun dapur ~ tp An nih degil tetap gak turun jenguk2 n tlg yg ringan2 ajos~)..Alhamdulillah n terma kasih kepada mereka2 yang membantu semasa kenduri pada hari tersebut especially my mak n my en.suami..mereka adalah orang yang sgt penting menjayakan kenduri tersebut..hehe

Tuesday, July 6, 2010

Menghitung Hari!!


Ehhh usia kandungan An dh 8 minggu lebih!!!hoho seperti tidak percaya..cepat tul masa berlalu..ahakss..baby dalam perut nih pun makin kuat n aktif menendang perut ibunyer..hee tk lama lg anak ibu akan dapat melihat dunia ciptaan Allah S.W.T ini..sabar ye sayang..

Klu ikutkan private hops punya scanning doc tuh kata usia kandungan An dh 33++ Wks,tapi gov hosp pulak ckp usia my kandungan baru nk masuk 33 wks..so klu ikut perkiraan priv doc..myb An akan melahirkan baby awal 2 mggu dr tarikh jangkaan..Tak ape yg penting anak dalam kendungan sihat walafiat dan lahir dengan selamat dan normal..insyaallah..

Emm kdg2 duk sesorang tpk mcm tk percaya..baru jerk rasa mcm semalam An single lg huhahuha dgn kawan2..then jd isteri org..lepastu disahkan mengandung..tk lama lagi jadi emak orang..hehe..dup dap dup dap..skrg nih menghitung hari menanti kelahiran bayi sulung..so suree siapa yg pernah n bakal melahirkan anak sulung mesti brdebar debar,cemas n dlm masa yg sama tk sabar untk menanti kelahiran anak kita kan ^_^
Barang2 baby alhamdulillah semua dh sattle tinggal lg barang untuk ibunye ada lg 2-3 barang tk complete tk aper..insyaallah sempat lg untk completekan sebelum due..;)Doakan ye korang semoga semuanye berjalan dengan lancar dan anak An dilahirkan dengan keadaan yg sihat walafiat..Aminn...


"Tak Sabar nak tengok baby Sendiri n jadi Ibu"^_^

Bila Kamu Cinta,Kenapa Harus Menyakiti

Kamu Bilang Cinta
Kamu Bilang Sayang
Kamu Bilang dia adalah segalanya
Tanpanye Hidup Kamu Tiada Makna..

T.A.P.I

Kenapa harus menyakiti orang yg kamu cintai
Kenapa perlu menodai cinta ikhlas itu dengan kecurangan
Kenapa tegar membuat orang kesayangan kamu menangisi perbuatanmu

P.A.S.T.I.K.AN

Jika dia adalah pilihanmu
Kamu akan melindungi dirinya hatinya dan cintanya
Kamu baginya adalah rumah untuk ditumpangi dan berteduh
kesucian hubungan itu tidak harus tercemar dek perbuatan yang menyakitkan
Jika pasangan kamu melakukan perkara sama yg pernah kamu lakukan..
Tanyalah diri kamu sebelum melakukan sesuatu dan ianya berbalik kepada diri sendiri
Apekah yang akan aku rasai??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...