Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, August 12, 2009

Terima Kasih!!!

Allosssssss..ahaks saajo jeww nk kasi happening sikit 4 starting nih..sebonaryo..jiwa nih tgh feel like sentimental ok!!..tp pasal tk nk terlalu serius aku nk happy2 kan..huhu..Tgh ado idea nk menaip nih kan so better aku tulis dlm blog aku nih..

Kdg2 manusia selalu mengeluh kan..meratapi dan menyesal dgn nasib yg mereka alami..yupp siapa yg tidak merasa sakit bila kita kecewa dlm sesuatu hal yg kita kerjakan tidak spt ape yg kita harapkan..Tapi itulah dia rencah kehidupan...aku jgk pernah merasai saat kecewa spt itu..TAPI ada org lain yg lebih sakit dan kecewa dr kita..Ada yang lebih tidak bernasib baik spt aku..cumanya bagaimana kita nk mengawal dan mengatasi keadaan itu supaya kita tidak terus berada dalam keadaan yang tidak kita inginkan..kita berhak dpt yg lebih baik walaupun tidak terbaik :)"ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi menusia itu sendiri tidak berusaha untuk berubah""ALLAH SWT hanya akan memberikan ujian kepada mereka yang memapu menghadapinya"dan seharusnya aku bersyukur atas ape yang telah ALLAH SWT kurniakan pada aku..menerimanya dengan ikhlas..

Manusia yang tidak lepas dr membuat kesilapan,emm tak ada manusia yg lepas dr melakukan kesalahan..Bila mana aku membuat salah dan silap percaturan kesimpulan..harap kalian yg berada di sisiku memperbtulkan aku..kerana aku bukanlah manusia yang sempurna..Jadi aku jugak harus memaafkan mereka yang pernah melukakan aku mengecewakan aku dan yg pernah menyakiti aku..Cuba seikhlas hati untuk memaafkan..yup kemaafan..jadi semoga kita belajar dr kesilapan yg pernah dilakukan dan berjanji untk tidak mengulangi kesilapan yang sama..

Tiba2 rasa nk luahkan rasa terima kasih aku pada mereka2 yg bnyk berada di sisi aku memberi aku sokongan kekuatan kegembiraan selama aku masih wujud di bumi Allah SWT ni..Aku rasa bersyukur sangat kerana org yg berada di sekeliling aku menyayangi aku seadanya..Keluarga..kawan2 mereka tetap ada di sisi aku walau mcm mana keadaan sekalipun..Kalu di pandang secara mata kasar kita tk dpt nk menilai perasaan tuh..tapi bila mana setiap perkara yg berlaku bila rasa kita jatuh kecewa dan sedih mereka tetap setia melayani kita spt biasa,menyayngi kita melindungi kita..

Terima Kasih keluargaku yg sgt2 aku cintai kdg2 mereka sgt nakal hehe (tension giler layan diorg)..tapi kami dipenuhi dgn rasa cinta dan kasih..Juga untk kawan2 yg bnyk bg sokongan dan momen2 yg penuh dgn ketawa dan tangisan yg dikongsi bersama..(susah kan nk dpt kawan yg setia berada disisi dlm keadaan sekalipun) tp aku bersyukur kerana dikurniakan insan spt mereka..Kenangan itu sgt indah tk mungkin dpt dilupakan..Moga kalian bahagia dan kuat melalui hari2 yg mendatang..Chayok!!!!!!
mmmmuuuahhhhhh daaaaaaa

Latest Info About Influenza A (H1N1) - 12/8/2009

Emm sangat menakutkan bila aku membaca laporan terkini mengenai Virus yg sedang merebak di seluruh dunia skrg nih..Semua orang harus berhati hati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan untuk mengahadapi virus H1N1 ni..Di Malaysia sahaja setiap hari pasti ada kematian akibat dr Virus tersebut.Mari kita berdoa semoga penyakit maut ini berlalu dgn cepat dan tidak akan ada lagi catatan kematian akan dilaporkan spt skrg ini..Yang penting kalian semua termasuk aku harus berhati hati dan berwaspada..doakan semoga kita dijauhkan dr terkena virus tersebut..Aminn..
Berikut adalah laporan yang aku ambil dr Harian Metro bertarikh 12/8/2009.

PUTRAJAYA: Sembilan kematian lagi dicatatkan akibat jangkitan Influenza A (H1N1) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat virus itu di negara ini bertambah kepada 41 orang.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata empat daripada kes kematian itu didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi) atau asma.“Untuk makluman, enam kes itu adalah kematian yang berlaku sebelum ini dan hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos serta dilaporkan pada 10 Ogos secara formal sebagai kes kematian yang ada kaitan dengan H1N1.“Tarikh kematian sebenar enam kes itu adalah pada 4 Ogos (satu kes), 6 Ogos (dua kes) dan 7 Ogos pula tiga kes,” katanya di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, ketika ini, seramai 56 pesakit sedang dirawat di hospital dan 19 lagi dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU).
“Daripada 19 kes yang berada di ICU, empat mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik iaitu dua kes obesiti (satu) dan post delivery (satu). Seramai 11 orang dibenarkan keluar dari hospital kelmarin.“Jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini hingga kelmarin adalah sebanyak 2,253 kes,” katanya.Beliau berkata, merujuk kepada situasi global, sehingga semalam, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian dilaporkan daripada 174 negara.“Ia adalah peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding hari sebelumnya,” katanya.Berikutan itu, Dr Mohd Ismail meminta orang ramai sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan

Tuesday, August 11, 2009

Influenza A(H1N1)

Kes - Kes Baru: 269
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 269
Kes Kematian: 6
Jumlah Kes di Malaysia: 2,252 dengan jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 56 pesakit sedang dirawat di hospital dan 19 lagi dirawat di ICU. Daripada 19 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam.
Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 7 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).

LANGKAH2 PENCEGAHAN

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

*Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
*Individu berusia 65 tahun dan ke atas
*Kanak-kanak dan remaja

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak. Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

*Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
*Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
*Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
*Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
*Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
*Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
*Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
*Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
*Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
*Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
*Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
*Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia



Kenangan Semalam - OLAN

Oh kenangan..
Kenangan mengusik jiwaKu terhempas...
Jauh di sudut mata
Jiwa kian terpisah Makin sengsara...
Oh sesalan
Sesalan datang meragut Hati pedih...
Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina Hancur akhirnya...
Sampai masa ku teringat...
Segala pahit menikam rasa
Hening semalaman Ku di pusara...Cinta airmata
Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian Ke arah tujuanku...

Friday, August 7, 2009

Trip to Jakarta & Bandung- 3rd & 4th day

Wokeh post nih untk 3rd day punya prgrm..hee malas nk citer pnjg2 aku just put pic2 kt sana aja eh..hari ke-3 nih kitaorg sambung g shopping kt area Factory Outlet like Rumah Mode,Donatelo n etc..& oso g Pasar baru jgk..kt pasar baru tuh bnyk duit aku juta2 terbuang tau hahaha juta rupiahh okkk.. Jadi sila lah tgk pic2 ini ye..

*PIC sekitar Pasar Baru












* PIC Sekitar Factory Outlet (FO)











*4th Day pic


pic kt lobby hotel tgh duk tggu check out


After check out hotel singgah at Kartika sari..beli sikit makanan as buah tgn untk family kt m'sia.tmpt nih org kata "must go"

<= nih dh sampai kt Airport Jakarta..flight delay leww pulak..terpele'uk kt sana 1jam..letih...makcikkk


<= haaa nih pic nih bos aku suh letak dlm blog.. hahaha biar famous sikit katanye..*bos aku yg baju grey tuh ok..sportinggg bangettt
<= 3 ladis in BLACK

huhu wokeh akhirnyee habis citer pasal trip nihh phewwwwww logo denn..ok daaaaaaaa ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...