kenapa baru sekarang mahu diumumkan ianya bahaya n memberi kesan kepada hormon dan menganggu sistem fungsi tubuh bayi..dan kenapa pulak la nk tggu after 1 year baru penguatkuasaan pengharaman dilakukan..Aishhh Risiko untuk bayi2 yg kecil sgt tinggi,sebab sistem imun mereka masih lemah..
Pada masa sama,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.
“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.
“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.
Berita Penuh klik sini (sumber utusan Malaysia)
Yang perlu diketahui tentang simbol-simbol yang kita temui pada produk plastik?
Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.
Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.
Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.
Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
LDPE (low density polyethylene) biasa digunakan sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembik. DPE (low density polyethylene) iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat daripada minyak bumi). Di bawah barangan plastik in tertera kod 4 di tengah-tengahnya dan tulisan LDPE di bawah segi tiga logo tersebut.
Sifat plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah Celsius, ia sangat tahan terhadap tindak balas kimia, daya tahannya terhadap wap air adalah baik, tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen. Plastik jenis ini sukar dihancurkan tapi dapat dikitar semula dan baik untuk digunakan sebagai bekas makanan kerana ia sukar bertindak balas secara kimia dengan makanan di dalamnya.
Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.
Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.
Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC).
6 comments:
salam...uikksss bahaya nih..
naseb alin beli botol brand avent..
dia memang BPA free...
sbb alin dulu keje dkt company yg jdik
pengedar brg nih...
alhamdulillah botol tuh adalah selamat..
Mmg bahaya..itula aina dh tukaq botol baru untk anak aina dh..aish...
bahaya... patut di-Ban-kan jer terus.. tak perlu kot nak tunggu tahun depan... suruh jer pengeluar botol susu yang mengandungi BPA tarik balik produk, takderlah pengguna terbelikan... kisah nie berulang dari zaman kite kecik-kecik dulu... mak I cerite I kecik-kecik guna botol kaca sebab botol susu plastik berbahaya masa tu...
Emm kan fizz mmg patut ban terus tk yah tggu lg..nk bg anak botol kaca takut..pasal my dotter tgn tk reti duk diam .sekali terketuk kepala susahh..ehhe tk pa dh g eli dh botol baru untk diaa :0
ALHAMDULLILAH anak2 anak dah besar. kalau dulu mmg akak beli botol susu yg agak mahal. Akak dah tau sal plasric ni since jd cikgu kajian tempatan. Dapat pendedahan ttg benda2 ni.. Tukar cepat. avent tu agak bagus. In fact u leh beli glass bottle.
K.Yan botol anak aina dh tukar :)..ada jumpa yg glass bottle..tp bila pk anak masih kecil lg..tgn tk reti duk diam..takut jenis tuh blh cederakan dia hehe yg plastik nih pun selalu terketuk kepala sendiri :p
Post a Comment