Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Kembali Sesudah Percutian Yang Menyedihkan

Huuu sedihhhhhh jerk baca tajuk En3 tuh kan??Dah cutii tp menyedihkan pulaks..aper kess??hukhk..start from last week klu u all nk tau An cuma bekerja 2 hari ajos okeis..then terus cuti sehinggalah semalam..Hari ini baru lew kembali masuk keje!seronok wahh klu lah tiada tragedi itu pasti cuti yang An ambil itu begitu menyeronokkan..tpi idaknyewww..An cuti bukan untk seronok2 okeh..

An cuti pasal An amik cuti sakit (MC) lamanyeww kan cuti sakit..nk wat camner..ujian untuk An merasa tubuh yg tidak sihat di berikan..dan An harus menerimanya dengan penuh kesabaran walau dalam hati..hukhuk sakitnye menahan salah An pun ada jugakss..tapii kita kena bersyukur jugak kan...sakit itu kan antara nikmat yg Allah kurniakan untuk hambanye..hehe

5 Hari MC rehat di rumah aje..jalan pun kadang kadang kena mintak tlg family n hubby papahkan..pasal sakit sgt bila nk bergerak..Tulang pinggul an krem sgt..sakitttt tk tertahan..hukhuk sadis sampai menangis (ngegada ker tuh?) Betul OKEH tk memain mmg sakit klu tk..tk de maknanye sampai nk berjuraian air mata ini n mintak bantuan org lain untuk berdiri n berjalan okeh!An kuatkan diri jgk..tk nk layankan sangat..

Ahadnye pulak demam panas..panas sangat..n diarrhoea!!aduhhh mmg dh letih betul nk masuk kuar tandas berkali kali..mmg badan flat habislah..dh habis air sumer kuar..mana tk weak nye ye dak..rasanye nih sumer penangan dek mkn durian..taubat lepas nih mmg tk akan sentuh lagi buah tu..emm kesian baby dlm kandungan nih :( sediha sgtt tk usah ckp lah..menyesal tk sudah!!

Isnin paginye masih diarrhoe..En,Suami pun tak sihat...suami isteri sakit..aduhh!!bertambah risau An..mlm tuh badan en.Suami panas sangat..sendi2 sakit so pagi isnin pergi klinik kesihatan check up en.suami n check up baby pasal rasa tk gerak aktif mcm biasa mungkin disebabkan An Demam n diarrhoe,kene rujuk hospital kemudian An di tahan di wad untuk buat pantau gerakkan baby...alhamdulillah cuma sehari n baby gerak serta aktif seperti biasa..lega hati An..

Mak mertua An oso demam dan tak sihat dia kena sama jugak mcm An pada hari yg sama An demam dan menyedihkan sehingga ke hari ini dia masih lagi tak sihat..emm harap ibu mertua An cepat sembuh hendaknye..Amin..(sedih n kesian jugak pada en.suami sbb dia terkejar kejar untk kami) nasib baik kesihatan suami skrg dh bertambah ok..Doakannye..moga kesihatan kami sekeluarga sihat seperti biasa..Amin).. ^_^

Wednesday, June 23, 2010

Tolong Pimpin Tangan Ini

Tolong..
Jangan dorong aku kepada perkara yang sia2
Jangan benarkan aku mencipta segala keseronokkan dunia semata
Jangan Beri aku peluang untuk bau neraka

Tolong..
Pimpinlah tangan ini..
Benarkan aku di bawa menuju ke jalan kebaikan dan kebenaran
Pimpianlah aku walau terpaksa merangkak di laluan yang penuh curam
Benarkan aku menciumi bauan syurgawi
Pimpinlah aku menuju ke syurga Firdausi..

Cinta Yang Satu


Saya tidak suka berkongsi kisah sendiri yg melebihi curahan hati..
Kerana saya tidak tahu untuk berkongsi
Serta hanya memendam didalam diri
Sungguh...
Pernah ingin mencuba..
Tapi saya takut orang memberikan simpati..
kerana saya tidak mahu termakan budi
Serta harus merasa serba salah di kemudian hari..

Tetapi saya sangat senang hati..
Bila ada mereka yang sudi berkongsi cerita mereka sendiri
Kerana saya hanya perlu setia memasangkan telinga
Mendengar dari hati ke hati..
Pengalaman mereka pengajaran kepada saya
Jadi saya sangat suka hati untuk mendengar
Serta jadikannye sebagai panduan untuk saya lalui setiap liku hidup ini..

Namun saya punyai tempat curahan
Dia tidak akan menjauhkan diri apabila saya memerlukan..
Dia tetap setia walau ada kala saya leka pada kurnianye..
Dia masih setia di situ tetap menanti walau ape pun terjadi..
Menghadap dia hati saya sangat damai
Kepada dia saya bisa mencurahkan segalanye
Tanpa malu walau berjuraian air mata..
Dia Adalah Cinta Saya Yang SATU
Dan doa saya padanya
"Mohon janganlah sesekali jauhkan saya dari nikmat dan cahaya iman nye.. "

Monday, June 21, 2010

Ungkapan Rasa

Ku Pejam Mata..
Nafasku Biarkan terhela lega..
Menjauhkan kegelisahan yang menyesakkan dada
Mengukir sebuah senyuman untuk menerima ketentuannya..

Mata ku buka..memaksa diri mengukirkan senyuman
Memaksa diri menerima segala ketentuan
Supaya akhirnya aku redha..

Ya Allah Berikan aku kekuatan untuk menerima segala ujian mu
Lindungi aku dari segala perkara yang merugikan hambamu
Aku Bahagia..Ye bahagia..

Mensyukuri segala nikmat yg kau berikan
Sama ada ianya duka atau gembira..
Ku pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Ku mohon jangan jauhkan aku dari rasa kesyukuran ini ya Allah..
Amin..

Friday, June 18, 2010

Anameia (Paras Hemoglobin) Rendah Semasa Mengandung


Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa.
Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan
kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada
lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam
tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini,
berjumpalah doktor.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan
ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

- Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
- Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir,ataupun
darah haid yang terlalu banyak.
- Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini
akan menyebabkan berlakunya Anemia
- Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana
sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.

Faktor - faktor risiko

- masalah loya atau muntah.
- Wanita yang mengandung kembar
- Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
- Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
- Merokok dan meminum alkohol berlebihan
- Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
- Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
- Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
- Kelihatan pucat
- Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
- Loya
- Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
- Sakit kepala dan pening
- Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
- Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
- Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
- Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi.Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu.

Praeklampsia

merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh
mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
- Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
- Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang.Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk
sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

- Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk andadan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
- Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan
yang cukup.
- Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang
mendatang.

Pencegahan
Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

- Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari
berlakunya masalah kurang darah.
- Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga
buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
- Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega
kacang, cendawan dan juga hati.
- Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam,
sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
- Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
- Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin
tambahan.

Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia, infosihat.gov.my

Kadar Hemoglobin Yang Rendah

Emm semalam g check up..4 antenetal..mmg dari awal kehamilan kadar darah An kurang..then dia normal sekejap..so smlm g check lg dia turun balik..tp tk pernah pulak sepanjang kehamilan kadar darah An turun bacaanye ke tahap 9.3v..rendah sgt doc cakap..Patutlah An kerap pening kepala,rasa berdebar debar,letih n kdg2 sesak nafas..Bila dah anemia, bekalan oksigen kpd bayi dlm kandungan agak terhad, jadi bayi kecil sikit (this is not too good). ..*sigh* risaunye nih tinggal lg 2 bln sahaja untk due..mcmmana An nk achieve jumlah darah yang diperlukan?

Pemakanan yang doc dan misi suggestkan mmg An ada makan..mungkin tk secukup yang dikehendaki..An nekad after this kena betul2 berdisiplin dr segi pemakanandan kesihatan..An cuma risaukan baby dalam kandungan nih..harap baby An sihat walafiat hendaknye..amin..Doc suggest makan iron tablet tuh (warna coklat)4 bijik sehari..sebelum nih 2 bijik sehari sahaja..then misi pun suggestkan ambil sekali Obimin..Semalam jgk an g beli Obimin,pasal klinik kerajaan yg An g diorg tk bekalkan Obimin..so beli kt farmasi..Semoga tempoh yg ada sebelum kelahiran bayi nih darah An akan kembali normal..Doakan ye :)

Nanti An akan post kan en3 berkenaan dengan kekurangan darah (HB) untuk kita kongsi sesama ye..Lelbih lagi info tersebut sangat berguna untk Bakal2 dan Ibu seperti An.

Wednesday, June 16, 2010

Owhh Banyaknye Makanan!!!

Heee korang nk tau tk!!..An nk citer nih..hoho klu tk nk tau pun tak aper..sila abaikan en3 ini yew..wahaha sgt rasa suker untuk mengen3 topik ini di waktu ini..(sebenarnye saje2 nk wat citer) hahaha...*win*wink*

Pagi tadi otw ke opis An dgn opismate An singgah di satu gerai pkcik nih..hoho..banyak2 gerai kt area tuh, gerai pkcik nih yg kami singgah..tak aper rezeki pkcik tuh kali ini yew..lg satu sbb nye kuih muih pkcik ini murah okeh!!kawan An pulak nk cuba n.lemak dia sbb sebelum nih kami cuma beli kuih yo ajos..

Haa dek kerana mata ini sgt bling2 gitu bila tgk juadah yg begitu bnyk n mata tgk sedap2 (wahaha cam bulan puasa pulak yew..kabur mata tgk makanan)..bnyk yg An beli kau.....ingtkan nk beli sejenis kuih ajos..tp mkcik tuh pulak kata "dik alang2 beli 4 baik amik 6 terus..baru jerk RM2..hoho tk sedar yg An pg td pun ada bawak bekal roti berintikan peanut butter! ok beli aje..skali dgn teh tarik!!ahakss lm sudah tk rasa teh..

3 keping roti jala sudah selamat di telan seawal sampai opis.hoho yg balance ini..buat back up nanti2 bila lapar..hahaha bnyk yewww aii ..

itu ajes yg An nk merepekkan..ahakss..daaa.. ^_^

Tuesday, June 15, 2010

Gaya Tidur Cermin Personaliti Anda

Hohoho cuba korang check..korang tidur gaya yg macam mana??betul kew idak yew???

1. Gaya Bayi (Ala2 meringkuk mcm baby)
Mereka yg tidur seperti bayi ini dikatakan lebih tahan lasak,tapi agak sensetif dan adakalanye pemalu dan mudah di pujuk => hoho An suka tidur mcm nih..ahaks tp tk semua tepat personaliti yg digambarkan..hoho

2. Gaya Tidur Mati (Tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan)
Mereka yang tidur seperti ini adalah seorang yang sosial,mudah bergaul dan seorang kawan yg boleh dipercayai.

3. Gaya Mengiring (Sama ada kiri @ kanan dengan kedua dua belah tangan di depan badan)
Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tp pasa masa yang sama suka bersikip sinis,jenis yg syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar kata => heee nih pun 1 lg gaya tidur yg An suka..tk semua sm okeh!

4. Gaya Tentera (Tidur terlentang dengan gaya tangan spt berpeluk tubuh)
Golongan seperti ini dikatakan suka menyendiri,agak pendiam,tidak cerewet dan memandang tinggi pd diri sendiri dan orang lain

5. Gaya Terjun Bebas (Tidur meniarap dengan tangan di bawah bantal dan kepala mengiring kiri @kanan)
Golongan ini dikatakan individu yg kurang suka menerima kritikan,sukakan aktiviti luar dan agak terburu buru

6. Gaya Tapak Sulaiman (Gaya terlentang sambil tangan @ lengan diletakkan di dahi)
Dikatakan individu yang prihatin dan suka mendengar,gemar membantu dan tidak mengharapkan penghargaan.

Yang mana satu?? ^_^

Wednesday, June 9, 2010

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

Harap Suami2 di luar sana dapat menerima pesanan2 si isteri dengan berlapang dada yew..Tidak gugur ego seorang lelaki itu jika suami dan isteri saling bekerjasama kan kan kan..ape yang penting rumah tangga aman harmoni dan bahagia!!

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat ditelinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan.selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,anda juga yang rugi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...