Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal 2009

Cuma tinggal sehari sahaja lagi tirai 2009 akan berlabuh dan terbukalah tirai tahun baru 2010..Ape cerita2 korang untuk 2009 mesti sepanjang 12bln itu banyak perkara2 yang gembira dan duka korang lalui kan..kita sama..kerana manusia itu sama..cuma bezanye setiap cara yang kita lalui itu yang berbeza..

An nk tutup tahun 2009 dengan azam dan semangat baru..ada azam kew??huhu nthlah setakat ke hari ini tiada azam yg dibuat..2009 banyak meninggalkan sejarah dalam diri An yg tak mungkin An dapat lupakan..Namun 2009 jgk memberikan sinar buat hidup An kerana telah menjadikan An sebagai seorang Isteri dan menantu semoga 2010 nnt blh jadi ibu pula..hehe tk sabar..aminn..Syukur Alhamdulillah..Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi kan ^_^dannnnnnnnnnn 2009 ini jgk leww yg mengenalkan An pada dunia blog nih..huhu..tempat untuk mengeksperasikan ape yang dirasakan..adakah ianya telah diluahkan sepenuhnye..tidakkk...kerna tidak semua perkara boleh dijadikan bahan bacaan tatapan umum..selagi ianya tidak mendatangkan aib dan menganggu gugat kenteteraman kita blh sharing together gether ye..

Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010..semoga tahun baru ini kita menjadi lebih baik dan berjaya dr tahun2 sebelumnya walaupun tidak terbaik..^_^moga tahun ini azam kita dan cita2 kita tercapai..aminnn..^_^

Tuesday, December 29, 2009

Zikir

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

“Ya Allah!” apabila dizikirkan 500x setiap mlm, lebih² lagi selepas sholat Tahajjud atau sholat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yg besar di dlm mencapai segala yg dihajati.

“Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah sholat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat² pelupa & gugup akan hilang dgn izin Allah swt.

“Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

“Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendtgkan berkat & kekayaan yg diredhai Allah.

“Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati spt sombong, iri hati, dengki dan lain².

“Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

“Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insyaallah dgn izin Allah swt diri kita,keluarga & segala kekayaan yg dimiliki akan terpelihara & aman dari segala mcm gangguan yg merosakkan.

“Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah sholat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi tenang & bersih dari segala sesuatu yg merumitkan sehingga mudah utk menghafal apa jua pelajaran.

“Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah sholat subuh, Insyaallah dgn izin Allah, kita akan menjadi org yg mulia, disegani org krn penuh kewibaan.

“Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & ptg, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dgn izin Allah swt.

“Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dpt menudukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

“Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insyaallah bagi yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.

“Ya Baarii’ !” sekiranya kita berada di dlm kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut², Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

“Ya Musawwir!” sekiranya seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan

“Ya Musawwir” sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut utk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.

“Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan suci bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat, Insyaallah akan diampunkan dosa² kita.

“Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insyaallah org² yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

“Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100x sesudah sholat fardhu, barang siapa yg selalu di dlm kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dlm soal apa pun akan hilang dgn izinNya.

“Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71x sesudah selesai sholat subuh, Insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

“Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai sholat Maktubah, Insyaallah akan mendpt kemakrifatan yg sempurna.

Fadhilat ini dipetik dari :Buku bertajuk “Khasiat Asmaul Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran” tulisan Abu Nur Husnina keluaran Pustaka.”

Tuesday, December 22, 2009

Air Tangan Suami..

Last week tk ingt leww pulak ari ape..tk penting laa yg pentinyee En.Suami menunaikan hajat si isteri untk mkn burger!!

"Syg balik nnt sy rs mcm nk mkn burger hehe??en.Suami tanya "kita nk beli ke?" "huuu tidakk nk dr air tangan suami sy blh kew"haha ayat..n en.suami jawab "Wokeh" huhu jd mlm itu tugasku menemani En.Suami di dapur..dan dia memulakan operasi memasak burger.. si isteri duduk n berdiri menemani.





*C..serius ke tidak muka En.Suami memasak burger!!Syg cuba tgk sy nih n senyum sikit..org nk snap pic Suami terchenta masakkan untk is3 terchenta.....Yeeee En.Suami menoleh tiap kali si is3 memintanye berbuat demikian ye..TETAPIIIIIII belum sempat An nk snap dia dh pusing balik..huuuuuuu malas den nk suh lagi..haa snap ajee yg ini...



**Tadaaaaaaaaaaa dh siap opssss n dh digigit pun..hahaha ater...mkn tk sempat2..roti burger nyo non ado ada roti gardenia..blh ajaaa***

Ok selesai memasak..en.suami meninggalkan perkakas2 n plastik2 yg telah digunakan untuk dikemaskan oleh si is3 ye huhuhu....

**Haha best2..nyum22..burger yg en.suami masakkan sodapp..pas nih blh mintak lg yew..tocheeiiii**

Adoiiyaii..Kemalasan Melanda Lagii

Starting frm last week An sgtlh bz..huu tp masih menyempatkan diri visit my FB n my blog..just visit ajo yo..pasal nk ngomen2 n hupdate tk cukup masa..n 2day kurang sikit dh ke'bz'annye..urgent job dh done..huhu..TETAPIII sy masih punya kerja lagi ye..emm emm cumaaa kerajinan untuk menyelesikan kerja2 itu tidak ada...

Arghhhhh awat lewww kemalasan melanda pulakss nihh..td pg punyalah rs bersemangat..huhu "Chayokkk Ainaa!!Chayokk!!!"" haha tk jalan jgkk kata2 azimat An nih...layan games kt FB dh letih g jenguk blog2 org len pun dh sudah..aterr nk wat ape lg..nk wat keje tk blh jalan..

Tk pe tk pe tk selesai hari ini masih boleh disambung esk..tk lew urgent cuma nk kena update 4 my records..Insyaallah sy yakin sy boleh selesaikannye sebelum bercuti..huhu harap2 nye gitulah ye.."Chayokkk 1 more time!!"hehehe mohh lee kita menghupdate blog ye..^_^

Monday, December 21, 2009

Wahai Hati Tenang dan Damailah

Setiap dari kita tentu ada memori2 yang indah2 dan duka kan..yg indah kita tk ingin lupakan..kita akan bawa untuk di kenang sehingga akhir hayat..dengan harapan kenangan itu akan membuatkan kita tersenyum diwaktu kita mengenangkannya..

Bagaimana pula dengan kenangan yg tk ingin kita ingat dan kenangkan..sejauh mana kita pergi n kita halang ia datang..ia tetap hadir menganggu ketenangan..Berdoa dan terus berdoa..Ya Tuhanku bawalah kenangan yg menyakitkan itu jauh dari ingatan bawalah ia pergi..Wahai Hati tenanglah dan damailah..

Tuesday, December 15, 2009

Alhamdulillah Aku Masih Bernafas Lagi

Semalam Hari Ulang Tahun An,Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah S.W.T,kerana masih lagi memberi kesempatan pd An untuk bernafas lg..dan Terima Kasih kepada teman2 dan keluarga yg mengucapkan ucapan tersebut pd An ^_^ sangat rasa seronok..kerana hp dan FB an penuh dgn ucapan2 tersebut..Terima Kasih juga untuk En.Suami kerana cuba membuatkan semalam hari yang gembira buat An."Terima Kasih Sayang"..

Moga penambahan usia dan kesempatan yg masih ada..Menjadikan An seorang yang lebih matang dan belajar untuk menjadi insan yg lebih baik dr hari2 semalam,menjadikan An seorang isteri yg baik buat Suami dan Ibu yg baik insyallah..Moga kehidupan An selepas ini terus di berkati dan dilindungi olehnye bersama sama dengan orang2 yg berada di sekeliling An..Aminn Ya Rabbal Alaminnn..

Wednesday, December 9, 2009

Untuk Renungan Part V

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segengam api.
Telah banyak kita mendengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini..
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguris pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya..
atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
bersatulah kita tempuhi
Nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biarlah kita rasa : rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri..
Tidak kutagih setia, sesetia Hawa..
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu….
seorang isteri..

Untuk Renungan Part IV

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti satiamu suami?
apakah tandanya hanya aku di hatimu?
Kekadang disergah kita
ketika keringat masih membasah
baru menjegah pintu rumah..

Ketika itu,nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran,
amaran dan peringatan secara ‘indirect’ dari Tuhan

Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya
jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al- Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

“Bersabarlah,
kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci pakaian kita
dia yang membantu membersihkan rumah kita..
lalu apalah salahnya kita bersabar dengan sedikit karenahnya ? ”

Untuk Renungan Part III

Puuuh…
Akan tiba masanya bila “isteri” di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi..
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurangan cinta kita ?
jika berkurangan, nyatakanlah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan ‘body’
Kalu ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam,amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredahaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambahkan bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

Untuk Renungan Part II

Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya “Seabadi permata…segermerlapan intan”…
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesal diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir..
Permata yang dipilih
Perlu digilap semula.

Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-banyang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi JANGAN berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
Bisikkanlah “Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
Marilah kita mencari rezeki
dengan keringat yang tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang
Kalungan cintamu, di jiwa ini.”

Untuk Renungan Part I

An terjumpa kata2 ini drp blog seseorang,seperti mendapat sedikit motivasi bila membacanya..Harus mengucapkan terima kasih padanya kerana blh di kongsi untuk renungan An & untuk kita sama2 membacanyee ^_^ jom kita baca sat..

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

(i)

Psst…
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkapkan juga dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu..

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakan belaian.

Masih gagal jua ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
Bagaikan riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang….buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalu ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya..
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
“Sayang abang tak ulang lagi”
katakan “Sayang…abang alpa”
bisikkan “Darling..I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekkan kasanova, tapi hati suci..

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…
Kalu kena cicahnya
Enaknya akan terasa..
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang digin.

Tuesday, December 1, 2009

Tolong tk tau nk wat pe ni

Hukhukhuk..An sgtlah kebosanan..ye laa mggu ini adalah minggu yg sangat membosankan!!!Tolong Tolongggg jauhkan dari rasa kebosanan nih..Help Help..nk wat pe nihh??Masuk opis keje tk adew..klu ada punn 1 2 3 jerkk pas siap dh melanguk balik..pening otak pk ape lee yg nk buat lg nih..Ketensionan melanda bila bab nk kena followup dgn customer bab bayaran..waaa sangat hanginnnnnnnnnn..dh kat sebulan lebih An follow Up berhantar email n telepon pun sudah..tp duk asyik jawab "masih dalam penyemakkan puan"..Tuan2Puan2 sy sangat Gerammm yeee..my Bos pulak duk asyik kejar An tanya status bayaran..hukhukhuk apo lah patut di jawab kt bos lg nih..no idea okies..Ramai bilang kerja kt tmpt An nih sgt lh best..dpt mengular katanya..koranggg sebenarnya nk tau tak..mmglah kuk sekali sekala kita dpt mengular nih mmglh best..Tapi klu dh hari2 duk ngadap pc n melanguk dr pg sampai ptg tk de kerja..tk ke bosann..Sy sangat bosan okkk duk depan pc..hahaha tgk baper bnyk game An main kt FB tuh..itupun dh sampai naik muak layan..Habih camno???..
Wokeh2 saja jeww nk melepaskan kebosanan kt blog An yg tk meriah n cantik nih..huhu..at least ada citer ye dak dr tk de..haha..ok ok an nk g amik angin kt luar sat..daaaaa ^_^

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa Harus Menipu??

Kenapa Kita perlu menipu??Korangg pernah menipu x??mustahil tk pernah kan..klu yg menipu kes2 untk kebaikkan blh diterima lg..TAPI klu menipu perkara2 yg sukar untk dimaafkan adakah wajar untuk kita menerimanya..Siapa yg suka ditipu?malah mungkin ada org yg sgt benci bila ditipu..adaaa..tanya diri kita siapa yg suka ditipu??Jadi kenapa harus menipu jika kita tidak suka org lain menipu kita..

Kepercayaan yg diberikan dgn penuh rasa ikhlas dan yakin dgn org2 yg kita percaya tk kn sanggup menikam kita..dia rupanya sanggup meruntuhkan kepercayaan yg diberikan..org yg ditipu Rasa bodoh..rasa benci..rasa sgt sakit hati..kan kan kan..dan jika kamu penipu2 yg dh meruntuhkan kepercayaan seseorang yg mempercayai kamu..adakah kamu mengharapkan mereka mempercayai kamu kembali seperti sebelumnya perfect 100%!!NO WAY!!

Jangan menyalahkan mereka yg pernah kamu tipu jika mula menjauhi atau kurang percaya kepadamu lg..Ada antara meraka yg kamu tipu masih sanggup memberikan peluang kali k-2 or k-3..tp kamu yakin mereka mempercayai kamu spt sebelumnya??tidakk..dan jgn salahkan mereka jika mereka bertindak di luar kawalan n mengungkit perkara yg pernah berulang..kamu yg membentuk persepsi negatif tersebut terhadap kamu..Jika hukum karma bertindak balas terhadapmu..dan seorang yg kamu sgt percaya merosakkan kepercayaanmu adakah kamu merasa sakit seperti mana mereka yg pernah kamu sakitkan..^_^ Pk pk kan dan renung renungkan lah..

Hargai kepercayaan yg diberikan belajar untuk menjadi seorang yg jujur..jika pernah kamu dikecewakan dgn ketidakjujuran org lain jgn kamu menghukum org2 yg tidak bersalah..setiap perbuatan pasti ada balasan..Berhentilah menipu dan jadilah seorang yg lebih baik dr sebelumnya walau tidak dpt jd yg terbaik..yakinlh..setiap kebaikkan pasti di balas dgn kebaikkan..

Friday, November 20, 2009

Kolestrum Alpha Lipid - Sihat Semula Jadi Untuk Anda Seisi Keluarga-

"BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE"

Mesti ada readers yg dah tau kelebihan dan kemanfaatan dari produk yang dinyatakan di atas betul tak??korang baca dulu sampai bawah jgn berhenti eh..An akan nyatakan sekali produk nih berasaskan dari sumber ape dan manfaat yang boleh kita peroleh selepas menggunakan produk tersebut..Okiess kawan2!!hehe..My Mother n Low dah guna produk tersebut iaitu susu Alpha Lipid,dah masuk ke 7 tin kali ni..n Alhamdulillah dari kakinya yang selalu sakit2 n tk beberapa kuat dan untuk sembahyang dulu dia perlu duduk n tk blh bersila di atas lantai skrg dia dh boleh berbuat demikian dah..n kebanyakkan orang yang menggunakan produk tersebut jugak mengakui akan kebersanan produk2 tersebut.U all blh layari laman web nih http://www.alphalipid.net/global.htm untuk lebih info,so klu ada antara u all yang nk cuba produk tersebut dan berminat jgk untk menjadi ahli u all blh hubungi An dengan meninggalkan komen u all kt sini okies dan korang2 semua blh dapatkan harga yang berpatutan dari harga pasaran.

Kolestrum Alpha lipid Lifeline adalah dari sumber :- ***********************************************
*Lembu-lembu dari New Zealand

*Susu awal lembu (susu yang mula-mula keluar)

*Dikilangkan oleh pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Image International, Auckland, New Zealand.

Berikut adalah Kelebihan Kolostrum Alpha Lipid Lifeline *********************************************************
*Mengandungi antibodi (Immunoglobulin) untuk melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen

*Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit

*Formula Alpha Lipid™ 100% berkesan dan diserap cepat

*Mengandungi Vitamin & Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup untuk keperluan harian

*Mengandungi bacteria semulajadi (Lactobasilus Acidhopulus dan Bifidobacterium) bagus untuk fungsi normal usus

*Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)

*Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah

*Membantu memulihkan pelbagai penyakit seperti :- kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan, dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia.

Apa Kesan Alpha Lipid?
**************************
*Mempertingkat Penyerapan Usus Menstabilkan Emosi dan Tekanan

*Meningkatkan Fungsi Pertahanan Badan Menstabilkan Paras Gula dalam Darah

*Meneutralkan Jangkitan Virus/Kulat/Bakteria Meningkatkan Keupayaan Minda

*Mempercepatkan Pemulihan Luka Tisu Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

*Membunuh Parasit dalam Badan Meningkatkan Prestasi Fizikal

*Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Mengandungi Bahan Awet Muda

*Memperbaiki Masalah Sembelit Mengandungi Bahan Anti Inflamasi (Anti Radang)

*Meningkatkan Ton Kulit dan Elastik Meningkatkan Kesihatan Gigi dan Tulang

Kandungan Mineral
***********************
*Folic AcidPembentukan darah (merah) baru.

*IronBerperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

*Calcium Kurangkan Osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun termasuk perempuan yang putus haid 'monopus' mula mengalami osteoporosis.

*Dapat kurangkan tekanan.

*Magnesium Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal.

*Sodium Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.

*Potassium Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Kandungan Vitamin
*******************
*Vitamin AUntuk kesihatan mata.

*Vitamin B1, B2, & B3Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.

*Vitamin B6Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.

*Vitamin B12Menambah darah, sesuai untuk wanita mengandung.

*Vitamin CUntuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit.

*Vitamin DPenyerapan kalsium lebih banyak, tanpa Vitamin D, kalsium yang dimakan akan keluar melalui perkumuhan.

*Vitamin E Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

Kandungan Immunoglobulin
************************
*IgA
Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.

*IgE
Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.

*IgD
Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium dan pengagihan kalsium pada tulang.

*IgM
Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kalenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.

*IgG
Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.

*IgFI & IgFII
IgF meransang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.




Breakfast Drink For Smart People..

"Kolostrum adalah SELAMAT. Ia telah disediakanoleh alam semula jadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semula jadi dan berfaedah"

International Institute of Nutritional Research, USA.

Wednesday, November 18, 2009

Percutian ke Langkawi

Huuu dh lebih sebulan dh citer pasal langkawi nih..An g sn pas seminggu kawen..kira our 1st honeymoon leww..baru hari nih rasa nk cerita kt blog nih..sgt sedih wooo n gerammm y i'm so sad bout dat???so sure leww An sgt sedih okkk our pic at there habis terdelete!!!!uwaaaaaa sedihnye..penat posing sn posing sini amik pemandangan yg cantik2 last2 terdelete!!haruuu betulll..bila teringat kisah nih..geram balik jd nye..haha tp nk wat camno kannn redho jo leww..rasa cm nk ajak balik en.suami g sn balik pakai baju yg sama n amik dlm keadaan aksi yg sm n pada lokasi yg sm,sm seperti gambar terdahulu..yg tinggal pic2 nih ajo..*sigh* layan ajoo leww pic yg ada yeww..

Bergambar dgn kuarga depa hantar An n en.Suami g LCCT..sebelum berlepas.


*Pic at Oriental Village kawasan nih adalah berhampiran dgn Cable Car..Huuu gambar kt atas n gambar kt cable car itulah yg bnyk tdelete..tension2 kawe..ini ajew pic yg ada dlm kawasan tuh..huhu sabar2..


*Gambar di pantai berdekatan Pearl Harbour *Huhu sempat suh en.suami benti kan keta sat nk amik pic monyet nih..maaf yeww monyet kami tk de makanan nk bg ^_^


*Pantai Pasir Hitam..tk leww hitam keseluruhan pasirnye..adolah sebahagian tmpt aje..huhu time nih skodeng ahmoy2 n lengchoy mandi manda..

*Underwaterworld Langkawi..emm tk bestt sgtlah g sini..rasanya lg best Aquaria kt KLCC tuh..lg bnyk minatang laut blh tgk kt sana huhu..nasib leww RM15 jekk masuk..eh betul kan en.Suami RM15??hee coz my hubby yg bayarkan ^_^



*Kota Mahsuri


*Hot Spring (tmpt nih under renovation) hee segan jerkk An dgn pak arab n minah arab tuh g sini tgk keadaan tmpt tuh gitu..adoiii klu tk siap lg jgn leww bg org masuk..

*lunch kt pasir Hitam..(blh leww nk mkn lauk kg)En.Suami mkn N.Goreng kg *Dinner mkn yg adew dlm pic tuh..huu kenyang alhamdulillahh..kt sn kitaorg mkn sgt bnyk..murahh weihh makanannye..*sempat bergmbar kt dat restoran ..^_^


*Pic tepi pantai time sunset..cantikkk
*Bfast kt restoran hotel..huu abe2 chef sanun dh kenal we'll yo leww 3hari duk mkn tmpt yg sm..g kn time weekdays..tk ramai org..
*Pas bekpes jln2 tepi pantai sat


*Kawasan Sekitar Hotel & Lobby Hotel
*Akhirnya pas 4d3n we'll pun balik leww..En.Suami nnt bwk Is3 mu ke sini lg okies!!^_^..daaa balikk timee

Tuesday, November 17, 2009

Rindu laa kt korangg

Last Saturday duk rumah my mak..kemas2 bilik An sekali terpandang hadiah pemberian kawan An..huu dr my ex housemate..waaaaa rindu bertandang..rindu pulak kt diorg semua..rasa rindu pulakk kt member2 lama..rindu kt zaman masa bujang trang tang tang..gelak sesama..nangis sesama..mkn sesama..gaduh sesama..heeee rinduuunyeeelahhhh..korangg bukak my blog n tgk nih i letak pic2 u all nih okkkk!!!RINDDUUUUU...bila lh blh kumpul balik erkkk wat gegiler cam doulu2..huhu..tgk pic2 nih as pengubat rindu..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...