Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, December 9, 2009

Untuk Renungan Part I

An terjumpa kata2 ini drp blog seseorang,seperti mendapat sedikit motivasi bila membacanya..Harus mengucapkan terima kasih padanya kerana blh di kongsi untuk renungan An & untuk kita sama2 membacanyee ^_^ jom kita baca sat..

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

(i)

Psst…
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkapkan juga dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu..

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakan belaian.

Masih gagal jua ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
Bagaikan riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang….buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalu ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya..
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
“Sayang abang tak ulang lagi”
katakan “Sayang…abang alpa”
bisikkan “Darling..I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekkan kasanova, tapi hati suci..

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…
Kalu kena cicahnya
Enaknya akan terasa..
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang digin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...