Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, December 9, 2009

Untuk Renungan Part II

Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya “Seabadi permata…segermerlapan intan”…
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesal diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir..
Permata yang dipilih
Perlu digilap semula.

Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-banyang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi JANGAN berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
Bisikkanlah “Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
Marilah kita mencari rezeki
dengan keringat yang tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang
Kalungan cintamu, di jiwa ini.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...