Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Thursday, April 7, 2011

Kenapa Hidung Berdarah??

Salam..emm An saja nk carik info pasal pendarahan Hidung ni..untk my knowledge dan mungkin korangs jugak boleh ambil as info kan..Tiba2?sebab hidung An dh lebih dr Seminggu berdarah :(..darahnye tak mengalir cuma An merasa ada kerak di dalam batang hidung An ni..korek sebab tk selesa..memang ada sedikit rasa sakit.Tapi lepas korek kerak dan darah itu masih ada lagi..Emm ntah sebab ape..tk dapatkan rawatan kat doktor pasal ingat mungkin sebab panas kut yang buatkan hidung An berdarah..Tapi bila dh lama nih rasa macam emm mungkin An memang patut jumpa doktor kan..sampai bila nk berkeadaan macam nih ye dak?

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah? Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah. Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
1. Selsema
2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
3. Alahan
4. Menghembus nafas terlalu kuat
5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis2

Terdapat dua jenis hidung berdarah:
1. Hidung berdarah dari depan
- Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.

2. Hidung berdarah dari belakang
- Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

Cara Merawat:


1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
* Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
* Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
* Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
* Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
* Jangan menghembus hidung.
* Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3. Berjumpa doktor:
* Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
o Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
o Berasa hendak pitam atau pengsan.

Info dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hidung_berdarah

2 comments:

Anonymous said...

patut kee jumpe doktor?

Cahaya Aina said...

Anon-Klu berlaku dengan kerap lebih baik berjumpa doc ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...