Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Friday, November 12, 2010

Kebaikkan Pengambilan Vitamin

Wohaaa apekah sebab dipagi jumaat yg mulia ini An tetiba nk wat en3 berkenaan kesihatan..Owhh secara kebetulannye hari yg mulia nih kan niat An pung mulia jgks..ecehceh..nak carik d best Vitamin for my beloved mother..n dah tentunya blh dikongsi bersama korangs2 semua kan!!Moh2..

VITAMIN- disebut sebagai mikronutrien = bahan Organik yg diperlukan badan dlm jumlah yg kecil,berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, n pencegahan penyakit yg membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, n lemak dalam badan.

Sesetengah vitamin membantu tubuh menghasilkan sel2 darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, ini bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.Cuma, kita perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Tapi,sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

JENIS2 N FUNGSI VITAMIN
***************************
Larut dalam lemak :

Vitamin A ~ Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D ~ Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E ~ Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K ~ Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Larut dalam air:

Vitamin C ~ Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) ~ Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

JENIS2 VITAMIN YG TERDAPAT DALAM MAKANAN:
******************************************************
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...