Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, July 1, 2009

"SURAT TERBUKA BUAT LELAKI" Oleh DR.H.M.Tuah

Wahai lelaki, kebanyakkan kita mudah terkalih pandangan dan tersasar pertimbangan apabila dirayu, dirayu dan dirayu terutama oleh wanita. Itu tidaklah menghairankan sangat sebab kita memang mudah cair dan lemah dengan suara lunak wanita, ditambah jika rayuan datangnya daripada bibir yang cantik daripada wajah yang jelita serta perilaku penuh manja.
Jika anda sudah beristeri dan tahu lelaki memang mudah tergoda oleh situasi-situasi begitu, maka elakkanlah daripada terperangkap dalam situasi bagini; seorang wanita yang sudah bersuami meluahkan keluhan berpunca daripada kemelut rumahtangganya dan anda menjadi pendengarnya.
Situasi bagini berbahaya sekali, terutama bagi anda yang sudah bergelar suami dan juga ayah. Memang pada mulanya memang anda rasa patut sekali mendengar keluhan2 itu. Apalagi wanita berkenaan adalah teman sepejabat yang sudah seharusnyalah anda mengambil tahu, sekurang-kurangnya. Tetapi keadaan selalunya tidak berakhir setakat disitu. Semakin kerap anda mendengar keluhan2 nya, anda akan semakin kesihan, lama-lama akan timbulsayang dan akhirnya anda terperangkap dengan cinta terlarang.
Tidaklah bermakna saya melarang anda membantu sesama insan. Ya, teruskan tapi bukan dalam situasi dimana anda seorang suami dan juga seorang ayah manakala wanita berkenaan adalah isteri orang dan juga ibu kepada anak2nya.
Apabila anda dalam situasi demikian, bantuan anda akhirnya akan bertukar menjadi petaka yang sengaja diundang. Maksudnya, anda akan menyerabutkan lagi kemelut rumah tangga wanita berkenaan sebab apabila dia semakin rapat dengan anda, perasaannya juga mungkin berubah. Dia mungkin sepeerti anda juga, diam2 mengagumi, diam2 mengasihi, diam2 manyayangi dan seterusnya mencintai. Pada tahap ini adakah anda fikir perhatiannya seratus peratus kepada suami dan anak2nya? Sebagaimana anda juga, apakah tumpuan anda masih seratus peratus kepada isteri dan anak2 anda?
Selalunya orang yang terperangkap dalam cinta seperti ini tidak dapat mencari jalan keluar. Mereka terpaksa menempuh seribu satu masalah berdepan dengan keadaan. Semakin mereka cuba keluar dari perasaan kasih dan sayang, cinta semakin mengikat. Kebanyakannya sanggup berenang dalam lautan perasaan dan tenggelam dalam air mata sendiri, namun untuk berpisah tidak sekali.
Bukan orang seperti anda yang dapat merungkai masalah begini. Anda tidak akan dapat sebab keadaan anda yang sudah terikat dengan kewajiban dan tanggung jawab sedia ada itu. Jika anda membabitkan diri, anda akan terperangkap dan akhirnya menyerabutkan lagi keadaan. Bukan sahaja masalah wanita itu semakin kronik, hidup anda juga semakain terheret sama. Bukan anda sahaja malah isteri dan anak2 anda turut menerima tempiasnya. Bukan mereka sahaja mungkin ibubapa, mentua, ipar duai dari kedua2 pihak pun sama.
Banyak terjadi begini. Niatnya baik, tapi suasananya tidak sesuai. Akibat buruknya banyak dan selalunya mengatasi yang baik. Anda tidak mungkin dapat menyelamatkan seoang wanita dari kemelut rumah tangganya dalam keadaannya yang begitu juga keadaan anda yang begini, sebaliknya anda menyumbang pada kemelut yang lebih teruk dan semakin sukar diselamatkan.
Tinggalkan masalah begini kepada orang yang mengerti. Siapakah orang yang mengerti itu? Pertama mereka sesama wanita, kedua ahli agamawan dan cendiakawan, ketiga kaunselor dan motivator. Hanya kumpulan2 ini yang mampu membantu hingga ke akar umbi, dengan penuh jujur dan bertanggungjawab.
Wahai para suami, jika anda benar2 ingin membantu, perkenalkanlah mereka kepada kumpulan2 ini. Mungkin tidak semuanya berupaya, sekurang2nya ia ditangani oleh orang yang lebih munasabah. Bukan maksudnya anda tidak sesuai, tetapi lebih baik jangan menjebakkan diri lalu tidak jumpa anak kunci untuk menghindar pergi. Anda mungkin berniat suci tapi strategi apakah yang telah disediakan oleh syaitan buat anda berdua, tidak pernah kita ketahui.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...