Sajaknya berbunyi begini.
INILAH MASANYA
JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN
OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS
DARIPADA LAUTAN
HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan,tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri.Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.
Sekarang baru aku terpikir............. pernahkah rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.
Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku........
insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!..... pernah kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu????????
andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita,ubahlah sebelum terlambat Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ... mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...
wassalam

Sabda Rasulullah saw:
Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala
akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua
pula"
1 comments:
emmm semoga aku jadi seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapaku dan bakal mertuaku..memberikan mereka kebahagiaan untk dunia akhirat selagi mereka masih mampu melihat anak2nye..kerana aku juga bakal menjadi ibu kepada anak2 ku..Aminnn YaRabalAlamin..
Post a Comment