Ibu menyusu perlukan makanan bernutrisi tinggi, tidak berlemak dan tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi saja. Keperluan pada protein, kalsium, folik dan vitamin C dan A juga perlu diberi perhatian. Keperluan ini harus diseimbangkan dengan pengambilan makanan yang sepatutnya.
Ibu menyusu juga harus minum air lebih daripada biasa dan mengelak daripada meminum teh, kopi atau minuman bersoda dan alkohol.
FAKTA Nutrisi ketika menyusukan bayi
Kalori - Ibu yang menyusu memerlukan minimum 1,800 kalori sehari. Jika dia menyusukan bayi kembar, keperluan kalori itu bertambah. Selera ibu adalah panduan terbaik pada keperluan tenaga. Jika berat badan anda kurang antara satu ke empat paun dalam sebulan dalam tempoh menyusukan bayi, itu tandanya anda tidak menikmati makanan dengan secukupnya.
Wanita yang terlebih berat atau wanita yang berat badannya bertambah dengan banyak ketika hamil, mungkin boleh mengurangkan empat hingga enam paun dalam sebulan tanpa menjejaskan produksi susu untuk bayi. Tetapi menjadi kembali langsing dalam tempoh yang drastik sepatutnya dielakkan bagi ibu yang menyusukan bayi.
Protein - Keperluan protein bertambah ketika menyusukan bayi. Tetapi pastikan anda memasukkan pengambilan protein yang secukupnya. Protein harus ada dalam dua kali pengambilan makanan sehari. Daging, ikan, kacang, tofu, telur dan produk rendah lemak adalah sumber protein terbaik.
Kalsium - Keperluan kalsium ketika menyusukan bayi banyak tersimpan ketika hamil jika anda mengambil sekurang-kurangnya tiga atau empat makanan berkalsium setiap hari.
Cecair - Penghasilan susu badan memerlukan air. Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 cawan air setiap hari. Tetapi elakkan pengambilan minuman kafien kerana ia akan mengalirkan menerusi susu dan memberi kesan pada bayi.
##Makan makanan atau snek secara tetap dan makan pelbagai makanan. Cuba masukkan senarai ini dalam diet anda setiap hari; susu, keju atau yogart, daging,ikan, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang harus dielak
* Ada sesetengah orang percaya bawang putih, halia, buah citrus perlu dielakkan jika anda menyusu badan. Tetapi ada baiknya anda mendapatkan kepastian daripada doktor anda kerana ia mungkin mengurangkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
* Minuman beralkohol akan menjejaskan susu badan membuatkan ia berubah bau yang akan memberi kesan pada bayi walaupun jumlah yang anda minum sangat kecil.
* Disarankan untuk mengelak makanan yang boleh menimbulkan alahan jika anda berhadapan dengan masalah alahan.
##Tips dikongsikan dr Sumber : Ruangan Diognisis Berita Harian untuk kita semua Ibu2 n bakal ibu ^_^
Guna steroid baru badan jadi ??
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment