Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Tuesday, January 4, 2011

Cinta Beralih Arah..


Cinta beralih arah bukan sesuatu yang asing dalam sesebuah hubungan.Tetapi sangat malang apabila fenomena itu berlaku di dalam hubungan suami isteri.Biarpun ketika itu si suami @ si isteri telah memiliki keluarga yg sempurna dan bahagia,namun masing2 masih mencari kekurangan dengan apa yg dimiliki.Setiap pasangan inginkan sebuah perkahwinan yg bahagia dan aman damai,namun bak kata pepatah langit x selamanya cerah..Ada ketika kita sebagai umatnye akan di uji dgn pelbagai ujian,namun percayalah Allah SWT memberikan setiap dugaan itu setaraf dengan kemampuan umatnye..^_^ An percayakan yg ini..
Apabila berlaku kecurangan,kepercayaan kepada psangan tersebut akan berkurangan dan kasih sayang yg selama ini dicurahkan akan semakin tawar,dan kecurangan ini antara menjadi faktor berlakunye keretakkan sebuah perkahwinan

Kenapakah Kecurangan Berlaku Dalam Hubungan?
~Faktor paling biasa yg mendorong kecurangan ialah Usia perkahwinan-pd peringkat awal perkahwinan mungkin masing2 cuba untk memahami antara satu sama lain,dan apabila telah memahami wujud pula perasaan jemu.
~Timbul perasaan bosan terhadap pasangan dan keadaan itu menyebabkan kejujuran mula dipinggirkan dalam perkahwinan.
~Tiada sifat telus dlm perhubungan,membawa kepada timbulnya keinginan untuk curang kpd pasangan.
~ Terasa kekurangan sesuatu dlm kehidupan apabila kurangnye perhatian dari pasangan

Bagaimana Mengelakkan Pasangan Curang
~Saling mempercayai antara satu sama lain
~Sentiasa mengadakan perbincangan sekiranya ada soal berbangkit
~Kembali kpd agama,apabila pegangan agama kukuh,pasangan akan mengetahui dosa pahala serta takut untk melakukan kecurangan yg mendorong kpd dosa lain
~menghargai pasangan masing2
~Jangan abaikan pasangan anda!
~Hadiri sesi kaunseling bg mengenalpasti kekurangan yg mungkin boleh dan perlu perbaiki dalam rumah tangga.

**Sayangilah hubungan perkahwinan yg dibina atas dasar sayang dan cinta kepada pasangan serta berdoalah semoga perkahwinan kita bahagia dan kekal dunia akhirat ^_^..amin..**

##Topik dan info dari sumber MODE Mega sisipan utusan Malaysia

2 comments:

ZianaRazali said...

semoga K.An bebahagia ke akhir hayat..owh nak kawen gak!..hahaha..gatei..

Cahaya Aina said...

Time kasih dear!!hahaha kawen2..tggu dh betul2 ready nnt okeh..jemput hakak makan n.minyak kamu eh ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...