Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Friday, January 7, 2011

Kaedah Perancangan Keluarga..


Kaedah perancangan keluarga adalah perlu untuk mereka yang ingin merancang bilangan anak dalam setiap perkahwinan.Terdapat pelbagai kaedah bagi mencegah kehamilan.Namun kita perlu mendapatkan nasihat dari yg pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan.

Antara senarai pencegahan kehamilan yg terdapat di pasaran :-
a)1. Pil pencegahan kehamilan

Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya.
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.

2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)

Terdapat 2 jenis IUCD

(i) IUCD Kuprum
- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
- Peratus kegagalan:<1% style="color:#cc33cc;">

(ii)Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)
- Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

3.Implan pencegah kehamilan (Implanon)
Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
*Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
*Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus.
*Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti diganti dengan yang baru.
*Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
*Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.
*Peratus kegagalan: <1%>

4. Suntikan pencegah kehamilan
*Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
*Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
*Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
*Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
*Contoh: Depo Provera
*Peratus kegagalan: 1%

5. Topi Serviks
*Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
*Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
*Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
*Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
*Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
*Peratus kegagalan: 20%

6. Diafragma
*Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
*Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
*Ia mesti dipasang oleh doktor.
*Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
*Peratus kegagalan: 20%

7. Kondom untuk wanita
*Ia diperbuat daripada (polyurethane).
*Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
*Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
*Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
*Peratus kegagalan: 20%

8. Kondom untuk lelaki
*Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.
*Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
*Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
*Peratus kegagalan: 4%-10%

9. Mengikat tiub
*Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.
*Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub. *Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.
*Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
*Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
*Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
*Peratus kegagalan: <1%>Vasektomi
*Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
*Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
*Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
*Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan. *Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
*Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
*Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
*Peratus kegagalan: <1%>Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)
*Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
*Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
*Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
*Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.

Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi.
(i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku.
(ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. Mukus biasanya kurang melekit, lebih berair dan berbau semasa ovulasi berlaku.
Peratus kegagalan: 20%

12. Pengunduran
*Tekni ini memrlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi, oleh kerana lelaki berejakulasi di luar vagina maka, semen tidak memasuki vagina.
*Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh lelaki.
*Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma.
*Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks.
*Peratus kegagalan: 20%

13. Menyusukan
*Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan haid.
*Ianya berkesan sekiranya anda menyusukan bayi anda sepenuhmya (tanpa sebarang makanan tambahan kepada bayi anda) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan sebelum datang haid kembali.
*Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi anda sudah mula mengambil makanan pepejal.

##Sumber dari sini


2 comments:

Bulan Purnama said...

tengs for this info..:)


blog awk dah dimasukkan dlm bloglist Blog Kesayangan Gua..huhu

iniialahaku said...

pndidikan seks...sgt pnting ntuk org yg bru kawen yg nak mrncang kluarga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...