Komunikasi adalah sangat penting antara individu dan komunikasi yang baik dalam sebuah hubungan dapat memperbaiki keharmonian hubungan tersebut.Terdapat 8 jenis komunikasi yang sering kita amalkan dan nilai akan keburukkan serta kebaikkanya.
1.KOMUNIKASI KOSONG
Tidak terjadi komunikasi sama sekali antara sepasang manusia.Apabila ia berlaku dalam hubungan suami isteri,komunikasi jenis ini akan menyebabkan ketidakharmonian dan boleh mengancam keutuhan keluarga.
2.KOMUNIKASI PLASTIK
Komunikasi yg terjadi tidak bersumber,tidak tulus dan tidak langsung.Contoh"Ikut abanglah nak pergi manapun dengan kawan2 abang.Sy ni kan kolot,tak suka bergaul"Demikian nada tidak tulus seorang isteri kepada suami,walhal dia sebenarnya keberatan untk membenarkan suami keluar bersama rakan-rakannya.
3.KOMUNIKASI NEGATIF
Ia melibatkan komunikasi yg berbahaya seperti mengutuk,menghina,mengata antara satu sama lain,protes dan sebagainya.Misalnya,"Hei gemuk,mana awak letak baju saya?"kata2 yang tentuye menyakitkan hati ini diajukan kepada pasangan sendiri.
4.KOMUNIKASI BORONG
Cara berbicara ini menyampaikan pesan secara berangkai dalam waktu yang samaterlalu banyak pesanan,tidak fokus pada satu perkara tertentu.Ia tentunya mampu membingungkan pasangan yg menerima pesanan.
5.KOMUNIKASI SEPARA
Membuat penyataan yang tidak selesai lebih cenderung kepada berbohong.Contohnya "Saya balik lewat sebab kena pergi ke..Eh bukan,bos suruh buat overtime."
6.KOMUNIKASI SUBJEK
Cara komunikasi yang ditujukan kepada suatu subjek berbanding objek.Misalnya,"awak ni memang tak tahu langsung urus rumah tangga.Buat apapun tak sempurna."Kata2 seperti ini tentunya melukakan hati isteri seolah olah dirinya tak mampu melakukan satu apa pun.
7.KOMUNIKASI MENGHARGAI
Pasangan sering memuji atau menghargai antara satu sama lain.Contohnya"Abang ni nampak segak la arini @ sayang abang ini rajinlah." Bagaimanapun komunikasi jenis ini semakin pupus dalam sebuah dari alam rumah tangga masa kini.
Suami isteri tidak lagi memuji kerana berfikiran "dia sudah jadi milik saya,jadi buat apa susah2 puji macam bercinta dulu." sedangkan manusia memerlukan pujian dan perhargaan
8.SUAMI ISTERI PERLU KOMUNIKASI POSITIF
Bagi menginimumkan pertengkarandan suami isteri dapat menyampaikan pesanan dengan cara tepat meskipun kepenatan maka komunikasi yang lebih positif harus dipraktikkan
Caranya adlah dengan menyampaikan perkar positif terlebih dahulu dan kemudia diikuti dengan apa yg menjadi keluhan anda dalam nada positif kemudian dilitupi dengan kalimat penyuntik semangat sebagai penyelesaian.
##Tips dan Info ini diperolehi dari Majalah Wanita keluaran 1416,helaian Psikologi Perkahwinan##
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
betul, betul, betul.. hohoho
heee cuba untk perbaiki komunikasi supaya dpt jd isteri yg disayangi suami..ekekeke..ingatan untk sayer nih..*wink2
Post a Comment