Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, August 12, 2009

Latest Info About Influenza A (H1N1) - 12/8/2009

Emm sangat menakutkan bila aku membaca laporan terkini mengenai Virus yg sedang merebak di seluruh dunia skrg nih..Semua orang harus berhati hati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan untuk mengahadapi virus H1N1 ni..Di Malaysia sahaja setiap hari pasti ada kematian akibat dr Virus tersebut.Mari kita berdoa semoga penyakit maut ini berlalu dgn cepat dan tidak akan ada lagi catatan kematian akan dilaporkan spt skrg ini..Yang penting kalian semua termasuk aku harus berhati hati dan berwaspada..doakan semoga kita dijauhkan dr terkena virus tersebut..Aminn..
Berikut adalah laporan yang aku ambil dr Harian Metro bertarikh 12/8/2009.

PUTRAJAYA: Sembilan kematian lagi dicatatkan akibat jangkitan Influenza A (H1N1) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat virus itu di negara ini bertambah kepada 41 orang.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata empat daripada kes kematian itu didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi) atau asma.“Untuk makluman, enam kes itu adalah kematian yang berlaku sebelum ini dan hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos serta dilaporkan pada 10 Ogos secara formal sebagai kes kematian yang ada kaitan dengan H1N1.“Tarikh kematian sebenar enam kes itu adalah pada 4 Ogos (satu kes), 6 Ogos (dua kes) dan 7 Ogos pula tiga kes,” katanya di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, ketika ini, seramai 56 pesakit sedang dirawat di hospital dan 19 lagi dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU).
“Daripada 19 kes yang berada di ICU, empat mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik iaitu dua kes obesiti (satu) dan post delivery (satu). Seramai 11 orang dibenarkan keluar dari hospital kelmarin.“Jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini hingga kelmarin adalah sebanyak 2,253 kes,” katanya.Beliau berkata, merujuk kepada situasi global, sehingga semalam, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian dilaporkan daripada 174 negara.“Ia adalah peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding hari sebelumnya,” katanya.Berikutan itu, Dr Mohd Ismail meminta orang ramai sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan

1 comments:

mazlina said...

tulah dianyer... semakin meningkat jumlah kematian... semakin menakutkan... sama-samalah kita berdoa semoga kita dan keluarga dijauhi dpd penyakit ini... aminnnn...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...