Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak

Salam semua…

Sya'aban 1430H tak lama lagi akan meninggalkan kita….kini tibalah Ramadhan – satu bulan yang penuh berkat. Semoga Allah menyampaikan kita semua bertemu dengan Ramadhan & semoga kita semua memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kita kali ini.Mohon ampun & maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa.Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1430H.

10 Langkah tatkala tibanya Ramadhan:

*Berdoa agar Allah menyampaikan kita ke bulan Ramadhan dalam keadaan sihat tubuh badan & kuat.

*Mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberi nyawa & sempat masuk ke bulan Ramadhan ~> Alhamdulillah – masuk 1 Ramadhan disunatkan/dituntut kepada orang Islam untuk Sujud Syukur atau memuji Allah dengan puji-pujian.

*Bergembira dan berasa seronok menyambut ketibaan Ramadhan ~ satu bulan yang penuh berkat.

*Perlu ada KEAZAMAN dan PERANCANGAN 30 HARI - RAMADHAN 1430 ~ 1 Ramadhan – nak achieve apa? cth…. Sedekah – memberi makan berbuka puasa kepada anak-anak yatim……Qiamullail…..Solat Dhuha……Tadarrus……Zero Tv……NO Hiburan..

*Manfaatkan sepenuhnya/maximumkan penggunaan masa & waktu dengan sebaiknya ~ penuhkan dengan perkara2 Ibadah. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

*Kena ada Ilmu & mengetahui hukum2 mengenai Puasa Ramadhan.

*Keazaman untuk meninggalkan habit yang X baik.

*Wujudkan persekitaran Ilmiah.

*Persediaan yang baik untuk buat kerja2 dakwah di bulan Ramadhan.

*Ada buku catatan/rekod aktiviti harian di sepanjang bulan Ramadhan – kena ada semangat berlumba2 untuk melakukan ibadah dan mengejar kebaikan.

“Dibuka di dalam bulan Ramadhan itu pintu2 syurga & ditutup pintu neraka & dirantai syaitan2. Terdapat di dalamnya 1 malam yang lebih baik daripada 1000 malam ~ Lailatul Qadar”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...