Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Friday, August 14, 2009

Mutiara Kata

1. Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......

2.Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............

3.Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya..........

4.Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat.......

5.Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan.......Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan........

6.Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya.......... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan........

7.Lihatlah disekeliling kamu.... dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.....buat pedoman............

8.Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan menjelma pelangi dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan menangis..... itu hanyalah satu mimpi. Jika kau menyayangi seseorang, biarkanlah dia pergi........ jika dia menyayangi dirimu, dia pasti akan kembali.........

9.Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya.....

10.Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi...............

11.Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta........tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita...........kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia.........

12.Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan.............dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan...............

**kekuatan Semangatku***

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...