Kita x-change link ye..Mekasih ^_^

Followers

Friday, August 14, 2009

Latest Info About Influenza A (H1N1)

I got an email from a friend, just nak tau ape pendapat kamu semua-

Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1

Ogos 1, 09 8:03pm

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak
selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu,pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures:Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh] Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan,hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.
Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan
antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu. Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A(H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini. Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan."Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital."Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.

2 comments:

mazlina said...

uikss... takut gak dengar... tp sama2lah kita berdoa semoga diri kita dan keluarga tersayang dijauhkan daripada penyakit ini... aminn..

omyosa said...

Ion PERAK
Ion PERAK adalah solusi yang sangat baik, submicroscopic partikel perak murni ditangguhkan dalam air oleh ion positif pada setiap butir dengan kekuatan yang lebih besar daripada gravitasi.

Berbagai Penyakit bisa disembuhkan ION PERAK, seperti Acne, rosacea, Anthrax, bacilli, arthritis, infeksi jamur kronis, keracunan darah, infeksi kandung kemih, yg berhubungan dgn penyakit pes plague, darah parasit (prematur dapat menyebabkan rambut abu-abu), kanker, Candida yeast infeksi, (sering pelopor dari sel-sel kanker), kedinginan, kolera , kelelahan kronis, radang usus besar, conjunctivitis, cystitis, infeksi kulit, kencing manis, difteri, eksim, fibrositis, radang perut, gonorea, hepatitis, virus herpes, demam hay, impetigo, influenza, keratitis, lepra, leukemia, lupus, penyakit Lyme, lymphagitis, malaria , meningitis, neurasthenia, ophthalmia, radang paru-paru, birsam "psorias, pymphagatis, rematik, rhinitis, kadas, demam berdarah, darah, sinanaga, kanker kulit, infeksi Staph, stomach flu, strep, sipilis, radang amandel, toxemia, parit kaki, trakom, tuberculosis, whooping cough.
Kesimpulan yang kami dapatkan program ini memberikan peluang bisnis luar biasa dan sangat-sangat besar sekali. Dengan atau Tanpa anda sekalipun, hampir tiap apotik maupun toko-toko obat akan memajang produk ini karena memiliki Fungsi yang sangat luas (Multi fungsi) sama halnya jika anda memiliki Perusahaan Farmasi yang memproduksi Ratusan macam Antibiotik dan berbagai macam Produk Obat generik, Vaksinasi, perawatan tubuh dsb... yang memiliki Ion Perak

ION PERAK aman bagi wanita hamil, perawatan dan kesembuhan terhadap penyakit , bahkan janin dalam pertumbuhan dan kesehatan.
ION PERAK adalah tanpa bau, tawar, tidak pedas, tidak berbahaya untuk mata, tidak ada radikal bebas, tidak berbahaya untuk manusia dan tidak memiliki reaksi dengan obat lainnya. Ion perak meningkatkan pencernaan, bantuan dalam regenerasi sel yang rusak dan sel-sel, membantu mencegah demam , flu dan penyakit yang disebabkan organisme baik bakteri , jamur ,parasit dan virus . penggunaan ion perak tidak membahayakan bakteri baik didalam pencernaan . Oleh karena itu, tidak menimbulkan mual atau tumbuhnya jamur yang biasanya pertumbuhan terlihat pada antibiotik farmasi.

Dicari Stockist ION PERAK diseluruh tanah air, peluang ini sangat bagus karena masih sangat sedikit jumlah stockist di tanah air

Adapun syarat dari stockist Ion Perak adalah :
1. Kota kecil 1 stockist.
2. Gratis ongkos kirim.
3. Modal awal Rp. 11,5 Juta.
4. Mendapatkan barang senilai 20 juta termasuk form member, barang 200 paket, plus brosur.
5. Fee stockist Rp. 2000 per paket.

Silahkan segera ambil peluang ini! Siapa cepat akan dapat!

Untuk mendaftar sebagai stokist, silahkan contact melalui sms ke: 08159927152 atau bisa pesan tertulis melalui e-Mail: omyosa@gmail.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...